KUALA LUMPUR: Kecederaan buku lali dialami semasa menjalani latihan sejak awal tahun, bukan penghalang buat gimnas negara Muhammad Sharul Aimy Mohd Kamaru Hisam memasang azam untuk meraih pingat di Sukan SEA Kemboja di Phnom Penh, pada 5 hingga 17 Mei depan.
Sebaliknya Sharul Aimy, 22, bertekad untuk mempamerkan aksi dan merekodkan catatan terbaik dalam semua acara disertai, pada penampilan keduanya di temasya dwitahunan terbabit biarpun bakal berdepan saingan sengit.
"Walaupun beransur pulih daripada kecederaan di bahagian buku lali dialami sebelum ini, namun ia (kecederaan) masih memberikan sedikit kesukaran untuk saya menjalani latihan. Bagaimanapun, saya tetap sasarkan untuk meraih pingat emas khususnya acara melombol.
"Bagi acara berpasukan lelaki pula, kami akan buat sehabis baik untuk meraih pingat selepas hanya mampu menamatkan saingan di kedudukan keempat pada edisi Sukan SEA Hanoi lepas," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Dalam penganjuran temasya sukan itu kali ini, Kemboja selaku tuan rumah hanya mempertandingkan disiplin artistik lelaki.
Sharul Aimy yang pernah beraksi di Sukan Komanwel Birmingham 2022 pada masa sama, menjangkakan berdepan tugas sukar dalam melunaskan impian pingat emas itu selepas juara dunia dari Filipina Carlos Yulo dilapor akan menyertai kebanyakan acara artistik lelaki yang dipertandingkan di Kemboja.
"Cabaran sudah pasti berbeza dengan Sukan SEA kerana semasa Sukan Komanwel Birmingham, Carlos (Yulo) tiada. Namun di Hanoi, disebabkan dia kita kehilangan pingat. Saya juga merasakan dia akan sertai acara yang saya sertai kali ini.
"Sedikit gementar kerana sebelum ini dah pernah bersaing dan boleh dikatakan dia selalu mencatatkan catatan sempurna. Apapun saya akan cuba sebaik mungkin untuk memperbaiki persembahan khususnya dalam melakukan pendaratan," katanya.
Selain Sharul Aimy, skuad negara ke Phnom Penh dibarisi Luqman Al Hafiz Zulfa, Ng Chun Chen, Teoh Chuen Feng serta dua atlet baharu iaitu Ally Hamuda dan Syakir Aiman Subri.
Pada Sukan SEA Hanoi, skuad lelaki meraih satu perak dan satu gangsa, masing-masing menerusi Tan Fu Jie dan Sharul Aimy dalam acara kekuda berpelana.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 26 2023
Sharul Aimy (gambar) menjangkakan berdepan tugas sukar dalam melunaskan impian pingat emas selepas Carlos Yulo dilapor akan menyertai kebanyakan acara artistik lelaki di Kemboja. - Gambar fail BERNAMA
Jualan kenderaan baharu Malaysia meningkat 21 peratus pada April - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia melonjak 21 peratus kepada 57,991 unit pada April 2024 daripada 47,802 pada bulan yang sama tahun lepas.
Filem 'Seindah Tradisi' tampil warisan & budaya kaum Sabah
Penghasilan filem bertajuk 'Linundus Do Koubasanan' (Seindah Tradisi) menjadi platform kepada PETRONAS untuk rakyat Malaysia dan masyarakat seluruh dunia lebih mengenali budaya serta tradisi suku kaum di Sabah.
Sabah sasar pasaran Timur Tengah
Sabah kini mensasarkan pasaran Timur Tengah dalam usaha memperkasakan sektor pelancongan negeri inI selepas Lembaga Pelancongan Sabah (STB) menyertai pameran perdagangan pelancongan yang diadakan di Dubai.
15 jentera bomba kompak bersaiz kecil diagihkan kepada Sarawak
Sejumlah 15 jentera bomba kompak (CFRT) bersaiz kecil yang berupaya bergerak ke kawasan pedalaman dan terpencik akan diagihkan kepada Sarawak tahun ini.
Tingkat kompetensi, bomba hantar pasukan Hazmat ke China
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menghantar Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) ke China untuk mendalami ilmu baharu tentang hidrogen.
Dua lelaki mengaku bersalah cuba ceroboh Istana Negara
Dua lelaki yang cuba memasuki Istana Negara dan mendakwa mahu berjumpa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, pada Jumaat didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pada Isnin.
Habitat asal perlu dikekalkan & dipelihara
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak tidak bersetuju untuk memperkenalkan diplomasi orang utan kepada negara dagang sawit kerana ia bukan situasi terbaik bagi mamalia berkenaan.
Jenazah Faridah dijangka tiba di Kedah Rabu ini
Jenazah Pegawai Tidak Tauliah Kanan daripada Batalion Malaysia 850-11 (MALBATT 850-11) Sarjan Faridah Abd Rahman dijangka dibawa pulang ke tanah air Rabu ini.
Pantau Agenda Reformasi: Helikopter terhempas – Kesan diplomasi susulan kematian Presiden Iran
Iran isytihar berkabung, Mokhber dilantik Presiden sementara
Ayatollah Khamenei menyatakan kesedihan mendalam atas pemergian Raisi dalam insiden tragis pada Ahad.
Lahir 'Magic Boy': Sudah sampai masa Muay Thai diberi tumpuan - Bernard
Bernard optimis Malaysia mampu melahirkan lebih ramai jaguh Muay Thai negara seperti Mohammad Rifdean Masdor untuk diketengahkan di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.
Ragbi 7s bakal 'berkelana' ke tiga negara
Kesatuan Ragbi Malaysia merancang untuk membawa skuad ragbi tujuh sebelah (7s) kebangsaan menjelajah New Zealand, Australia dan Fiji.
Hup Wei sasar lima tahun Malaysia kembali gah lompat tinggi Sukan SEA
Lee Hup Wei perlu masa lima tahun bagi meletakkan Malaysia kembali sebagai kuasa besar acara lompat tinggi lelaki di pentas Sukan SEA.
MOM mahu ada kesinambungan acara Sukan SEA 2025, 2027
Majlis Olimpik Malaysia mahu acara sukan Sukan SEA 2025 di Thailand mempunyai kesinambungan dengan edisi seterusnya di Kuala Lumpur pada 2027.
Taekwondo tagih khidmat jurulatih Korea Selatan bantu Syafiq, Sebastian
Jurulatih itu juga diperlukan bagi memantau prestasi Muhammad Syafiq Zuber dan Sebastian Tan Chung Wan yang sedang memburu slot ke Paris.
Qabil tidak bercadang bersaing pada Olimpik 2024
Atlet ekuestrian negara Qabil Ambak Mahamad Fathil menjelaskan, persediaannya ke Sukan Asia Hangzhou 2022 menyebabkan beliau tidak dapat memberikan tumpuan untuk kelayakan ke Olimpik Paris 2024.
Sukan Asia: Azeem mahu bukti kemampuannya sebagai terbaik Asia Tenggara
Muhammad Azeem mahu membuktikan dirinya sebagai jaguh Asia Tenggara apabila membuat penampilan sulungnya di Sukan Asia hari ini.
Nasib atlet RTG ditentukan September ini
Prestasi dan kemajuan atlet dalam program Road To Gold (RTG) akan dinilai semula bagi menentukan kedudukan mereka dalam program tersebut pada September ini.
Beri peluang atlet pecut wanita 'berguru' di luar negara - Mumtaz
Ia berdasarkan prestasi barisan atlet pecut wanita negara yang semakin menyerlah menerusi beberapa siri kejohanan sebelum ini.
ASN 2022: Syarul Azman intai peluang peroleh Anugerah Olahragawan Negara
Syarul berharap penilaian barisan panel berdasarkan kejayaannya dibuat secara adil dan saksama tanpa prejudis, sekali gus mengelak daripada berputih mata buat kali kelima sejak 2016.